Nuffnang Ads

Monday 1 December 2014

Senangnya Buat Pahala!

Assalamualaikum,

Dah jadi isteri ni, dah tak sama macam masih bujang.
Dah ada suami yang wajib ditaati.
Ini cerita malam tadi.
Dalam bilik.
Atas katil.

Suami sedang baring. Nampak resah. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan.
Isteri yang sedang membaca hanya menjeling dari ekor mata.
Seketika kemudian suami mengeluh.

Suami: Haihhh.. lenguhnya kaki ni. Boleh tolong urutkan tak?
Isteri: Saya dah mengantuk. Tapi nak habiskan baca sikit aje lagi ni.
(Isteri malas)
Suami: (Diam dan mata terpejam)
Isteri: (Sambung membaca)

2~3 minit kemudian..........

Suami: Lagi besar tau ganjaran kalau urut kaki suami (sambil kenyit mata dan tersenyum)
Isteri: (Terus letak buku dan urut kaki suami)

Kihkihkihkih.......
Pandai nya ami aye pujuk mintak urut kaki.
Dia guna ayat keramat.
Sape tak nak ganjaran pahala kan?

Senang je nak buat pahala.




Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

"Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun"

"Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah"

"Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin"

"Apabila isteri hamil, ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad"

"Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)"

"Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suami"

"Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya is dimasukkan ke dalam syurga"

"Seorang wanita apabila ia mengerjakan solat yang difardhukan ke atasnya, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, maka berhaklah dia masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang disukai"

Firman Allah :
"Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."
(Surah an-Nisaa' ayat 34)

Untungnya jadi seorang wanita.

^_^

Semoga kita beroleh redha Allah dan redha suami.
Juga redha mak ayah.



3 comments:

  1. Nak share pleaseee..
    Papaglamz dari http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-jalan-jalan-cari-gucci.html?m=1 singgah dan dollow di sini. Jom terjah entri2 hawtz Papaglamz.

    ReplyDelete

pop