Nuffnang Ads

Tuesday 16 December 2014

Malam-malam Lapar Pulak!

Hi,

Selamat berhari Selasa.. Kekeke... Rasa letih je harini. Belakang badan ni pun sakit-sakit. Mungkin sebab malam tadi tak dapat tidur dengan lena. T_T

Semalam petang lepas balik dari kerja, terus je ke dapur memasak. Masak yang simple-simple je. Sebab perut dah lapar sangat. Sebelum Maghrib aku dan suami dah pun menikmati makan malam. 2 pinggan nasi aku makan. Lapar + selera. Perut dah kenyang, aku pun solat dan kemas-kemas sikit dapur. Laki aku, lepas isyak je terus tidur. Aku masih lagi layan TV. Mata belum mengantuk. 

Pukul 9 malam, perut aku ni tiba-tiba rasa lapar yang amat sangat. Macam tak makan dari pagi! Terus masuk angin dan rasa nak pitam. Aku bukak peti ais, ambil 2 biji pisang montel. Tapi masih lagi rasa lapar. -.-"

Aku masuk dapur. Tengok-tengok apa yang aku boleh makan. Tak ada. Huhu.... T_T
Cepat-cepat aku masuk tidur. Tak nak layan sangat perut ni. Tapi tak boleh! Lapar hingga rasa nak muntah. Aku tahan jeee... sampai lah aku tertidur sendiri. 

Entah berapa kali aku terjaga kerana lapar. Dan menggigil kesejukan walaupun berselimut tebal.
Bila bangun tidur, badan terasa sakit-sakit. 

Jadi harini, aku akan pastikan dalam peti ais aku tu ada something yang aku boleh makan. pengalaman malam tadi mengajar aku erti kelaparan tahap dewa. Kikiki....

3 comments:

  1. yan kalau dah kebulur sgt,makan megi jerk.. tp make sure ada laa stok megi..heee.. stok makanan memg kena ada..i mean, yg tahan lama...agak terdesak, malas nak masak, ada je benda nk kunyah,..kalau x , tak boleh tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. megi takde masa tu........T_T
      Harap kan pisang je lah.. Tapi Nad dah beli stok makanan dah..biskut, coklat n megi! hihi...

      Delete
  2. Assalam Nad, terima kasih kerana sudi singgah si blog sis JM..so ini kunjungan balas ye..

    wahh..mmg laparbetul tu..perl simpa nstok mkanan sperti roti or biscuit ke..at east buat..'lapar' sgt tu dek kerana ada 'isi'' ke eheheh

    ReplyDelete

pop