Nuffnang Ads

Tuesday 14 October 2014

Honeymoon to Shanghai?!

Hai korang!

Semalam boss panggil masuk bilik dia. Dia tanya, you all naik cuti kawen bila? Aku jawab la, In sha Allah 29hb tu dah start keje. Dia diam je. Dalam 20saat jugak dia menung.

Apahal pulak bos aku ni? (kata dalam hati)

Dia capai kalender. Dia tunjuk tarikh 3hb November sampai 7hb November.

Dia kata, Ni tarikh ni, saya nak bawak husband you pegi Shanghai. Boleh tak?
(pergi atas urusan kerja)

I was like, WHAT? Shanghai? Tinggalkan aku? Ketika inai masih merah dijari, aku dibiarkan kesepian? T_T

Aku angguk je lahh...... Boss tanya lagi, BOLEH TAK?

Aku jawab dengan penuh yakin, Why must you ask me? Why not you ask Ariff himself?

Boss aku ketawa, dia jawab "Kena minta permission you dulu maaa........ After 25th Oct, you're the boss" 

Perli aku ke hapa? -.-"

Aku senyum je lah. Tak kan lah aku tak bagi Angah pegi kan? Ni urusan kerja dan melibatkan karier dia. Yang penting, kena belikan aku souvenir. Kikiki.......

Takde maknanya honeymoon kat Shanghai.

Honeymoon kitorang postpone ke tarikh yang akan dibincangkan kelak.

Peace! ^_^

No comments:

Post a Comment

pop