Nuffnang Ads

Friday 19 September 2014

Menyahut Cabaran 30Hari #kelabbenashaari

Assalamualaikum korang!......

Yaaaa....saya tahu saya lambat join cabaran ni..hikhik.. (>.<)
Tapi bak kata omputeh, better late than never kan?..... *sedapkan hati sendiri*
Oleh sebab saya dah terlambat join cabaran ni, dan blogger2 lain dah pun mencapai hari yang ke-19, dengan ini, saya jumping la ekh? hihi..

Ehhh..tak lah...saya nak buat dari #day1. Baru lah best betul tak? Ikut urutan.......


Senarai entri yang perlu dibuat setiap hari selama 30hari bermula esok.... ^_^


  1. 1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.
  2. 5 cara memenangi hati anda.
  3. Sesuatu yang menguatkan anda.
  4. Buku kegemaran anda.
  5. 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.
  6. Apa yang anda makan hari ini.
  7. Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda.
  8. 5 lagu cinta kegemaran anda.
  9. 5 lelaki yang menaraik perhatian anda.
  10. Apa yang ada dalam handbag anda.
  11. Kenangan lucu zaman kanak-kanak.
  12. 5 wishlist anda.
  13. 5 blog kegemaran anda.
  14. Cerita kasut saya.
  15. Surat kepada seseorang. Siapa saja.
  16. Siapa, bagaimana anda 10 tahun lagi.
  17. 5 perkara yang anda rindukan. Apa saja.
  18. Siri TV kegemaran anda.
  19. 1 resepi kegemaran anda.
  20. Quote kegemaran anda.
  21. Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi.
  22. Destinasi percutian impian.
  23. Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang.
  24. Rumah impian anda.
  25. Berita terkini hari ini yang anda baca.
  26. Gajet kepunyaan anda.
  27. Mood anda hari ini.
  28. 5 perkara bermula dengan "andainya"
  29. Bunga kegemaran anda dan ertinya untuk anda.
  30. Perkara menarik yang anda berbangga tahun ini.
  31. Apa yang anda dapat dengan berblog.

Doakan saya gigih dan tak miss buat #cabaran30hari ni ya? ^_^

Peace!

1 comment:

  1. Banyak kan...mcm mn la diorg bleh keep track coz akak pun dh lmbat betul dah rasanya...

    ReplyDelete

pop