Nuffnang Ads

Friday 8 August 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.......

Selamat hari raya semua. Maaf lah ye ucapan raya terlambat sikit. hehe... Tapi belum terlambat kan? Entry kali ni dah semestinya tentang hari raya. ^_^

Raya tentunya seronok. Sebab Hari Raya adalah untuk meraikan kejayaan kita setelah berpuasa selama sebulan. Yang paling best bab raya ni, bila dapat berkumpul ramai-ramai. Meriah dan ceria je suasana. Dekat timeline media sosial, berderet haaa gambar-gambar raya. Berwarna-warni baju raya masing-masing. Semuanya ikut tema. Meriah sungguh!

Tema keluarga saya tahun ni, PINK! Princess sangat hokeh.. ^_^



Ni je gambar yang ada buat masa sekarang..bahaaa... :-p

Gambar family adaaa......... tapi dalam camera compact. Dan malas nak upload. Hehehe.. Jadi, ni je lah yang ada. Boleh la kalau engkorang semua nak cuci-cuci mata. mihmih.. (bajet cun sangat nak bagi orang cuci mata tengok gambar nih ;-p )

Ok2. Sekarang jom kita sambung cerita pasal raya. Di pendekkan story, raya pertama adalah raya yang membosankan. Di saat orang bergembira beraya sana sini, kami sekeluarga dok terperuk dekat rumah. Bosan tau dak? Paling kesian kat adik (Dalam gambar yang belah kanan). Dia dapat cuti cuma 2hari. Sehari sebelum raya dan raya pertama. Dia sangat mengharapkan yang raya pertama tu dapat pegi beraya sepuas hati macam tahun yang sudah-sudah. Tapi apa yang jadi, kami hanya duduk di rumah dan melayan tetamu yang datang beraya.

Saya tak rasa apa masa tu. Tolong mak ayah layan tetamu yang datang. Borak-borak, gelak-gelak... best jugak. Cuma rasa agak terkilan jugak lah sebab jadual raya tu berubah sangat dari yang sebelum-sebelumnya. Apa-apa pun saya masih bersyukur sebab masih dapat beraya dengan keluarga. ^_^

Malam raya tu, dengan niat nak pujuk adik yang merajuk, kami pergi menonton wayang. Hercules. Nasib baik cite tu best......



Malam raya pertama keluar, pakai shawl pagi raya.... hahaha.. kes malas nak gosok tudung. Kami bergembira malam tu. At least keluar berjalan lah jugak raya pertama. T_T

Raya ke-dua, masih di rumah. Bila nak keluar beraya, makin ramai yang datang ke rumah. Maka, tak jadi lagi kami nak keluar. Layan sedara mara yang datang. Tapi saya rasa seronok. Malam raya ke-dua, keluarga Angah datang. Tapi, so saddddd... sekeping gambar pun tak ambik. Sebab sibuk sangat siapkan makanan dan layan diorang. Terkilan yang teramat bila langsung tak ada gambar. T_T

Raya ke-tiga, baru lah dapat keluar beraya. Macam orang jakun tak penah keluar rumah.. haha..


Muka anak beranak ni memang sebijik. Kopipes habis! Rumah ni port wajib kitorang ambik gambar. Kalau tak berpuluh keping, tak sah. Ayah sangat sabar tunggu anak2 dia berangan. ^_^

Ok, last.. Nak belanja lagi 1 gambar...........



Dengan ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun andai saya melakukan silap dan salah dengan sedar atau tanpa saya sedari. Saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Peace!

No comments:

Post a Comment

pop