Nuffnang Ads

Monday 25 August 2014

Fitnah

Assalamualaikum...

Minggu ni saya agak emosi sikit. Hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Itu saya sangat paham. Tapi bila ianya datang dari orang yang terdekat, ia sangat menyakitkan.

Saya bukan lah manusia yang selalunya betul. Saya cuma manusia biasa. Selalu melakukan silap. Andai ada yang tak berkenan dihati tentang sikap dan perangai saya, saya mohon maaf. Tegurlah saya dengan nasihat anda. Teguran anda yang penuh hikmah tentunya memberi kesan positif pada saya.




BUAT CERITA ~ TOKOK TAMBAH CERITA

Saya tak tahu di mana silapnya, secara tiba-tiba jadi isu tentang rumah. Rumah yang saya duduki sekarang cuma RUMAH SEWA. Rumah yang akan saya jadikan rumah kelamin bila saya telah berkahwin nanti. Rumah yang akan jadi istana cinta kami. Tempat permulaan hidup kami sebagai suami isteri. Tempat kami membina empayar keluarga yang bahagia. In Sha Allah.

Kebetulan, house-mate saya juga akan berkahwin pada hujung tahun ini. Bulan Disember. Lewat 2 bulan dari saya. Saya juga telah beritahu dia untuk dia cari rumah lain. Tidak ada langsung saya sebut, keluar rumah sebelum bulan 10. Cuma dalam fikiran saya, tak kan lepas dia kawin dia nak duduk sini dengan suami dia? Saya langsung tak kisah kalau dia nak terus menetap di rumah saya sehingga dia diijab-kabulkan. Kerana saya faham dengan situasi dia.

Dan saya terus diamkan hal ini. Pada hemah saya, dia tentu faham dan sedang berusaha untuk cari rumah sewa lain. Saya juga sibuk uruskan hal majlis yang akan berlangsung. Kami jarang berjumpa kerana waktu kerja kami berbeza. Bila saya keluar bekerja, dia masih lagi tidur. Waktu dia pulang, saya pula sudah masuk tidur. Kami tidak bersua muka, apatah lagi berbual-bual.

Suatu pagi, saya dapat SMS di wechat dari keluarga dia. Dengan keras mereka kata saya HALAU adik mereka. Terkejut saya. Dengan perkataan-perkataan yang sangat menyakitkan hati. Darah saya mendidih. Saya yang sememangnya garang dan baran, mula rasa nak maki hamun. Tapi memikirkan yang tindakan saya akan mengeruhkan keadaan, saya pujuk hati sendiri. Dengan kekuatan hati yang ada, saya cuba redha dan bersabar. Memang tak mampu saya nak tahan air mata. Saya terlalu kecewa dan sedih.

Bagi saya ini ujian yang Allah sediakan untuk saya. Tapi korang yang baca ni, jangan lah rasa saya ni cool giler. Wow! Diamkan saja bila orang buat macam tu? Saya dah cuba tahan. Tapi entah macam mana, malam tadi bila lalu depan bilik dia (dia ada di dalam), saya dengan suara yang agak kuat berkata "Bau bangkai kat sini. Oh... ada orang mulut busuk rupanya.."

Seketika bila saya duduk sorang-sorang dan fikir balik apa yang saya buat, saya mula rasa bersalah. T_T
Semoga Allah pelihara lidah saya dari berkata yang bukan-bukan lepas ni. Macam saya katakan tadi, saya bukanlah manusia yang baik serba-serbi. Saya cuma manusia biasa yang ingin jadi hamba Allah yang lebih baik.



Sentiasa ada hikmah dalam setiap kejadian. Supaya saya belajar jadi orang yang lebih tenang dalam menghadapi hidup yang penuh dugaan. Supaya saya jadi orang yang lebih kuat. Supaya saya jadi orang yang lebih matang (tapi tindakan cakap depan pintu bilik orang tu, tindakan tak matang. Jangan ikut.)


Larangan Allah tentang fitnah




Fitnah disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan orang lain. Fitnah juga adalah sebahagian daripada perbuatan mengadu-domba. Apabila disebarkan, ia mudah menyebabkan permusuhan dua pihak. Permusuhan menjadi semakin tegang dan tidak terkawal apabila banyak fitnah ditabur. 

Sekiranya berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, jangan kita membicara atau menyebarkannya. Rasulullah bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. – (Hadis riwayat Muslim).


Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon keampunan daripada orang lain.
Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).
Sesiapa yang menyebarkan berita berbentuk cacian dan kejian, kecelakaan besar bakal diterima sebagai balasan. Allah berfirman: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” – (Surah al-Humazah, ayat pertama).
Hanya orang yang berpekerti buruk melahirkan perkataan buruk. Orang cerdik tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk yang secara langsung melambangkan keburukan diri sendiri.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].
Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta.

No comments:

Post a Comment

pop