Nuffnang Ads

Sunday 31 August 2014

Gaya Wak Doyok?

Assalamualaikum korang!

Semalam titteww pegi bincang dengan designer pasal baju sanding. Titteww pilih gaya macam Jovian Mandagie.. hikhik.....

*pehal tetiba jadi gedik nih?! geli tau tak?*

Aku ni tak berapa kisah sangat pasal baju yang aku nak pakai masa sanding. Asalkan nanti mak andam mekap muka aku persis janda meletops RITA RUDAINI. Tu pun dah cukup dahhhh.... hiks. ^_^

Mula-mula plan nak pakai dress. Kuning cair. Yang soft giteww...




Aku nak dress yang macam ni. Tapi gaya muslimah la ya? Kalau gaya gini, memang kena terajang terus ngan bapak aku. Beheee......

Aku pun dah hantar design ni pada designer. Designer pun dah terangkan kat aku bead nanti kaler apa, lace macam mana, detail la senang cerita. Aku dah eksited. Sebab aku dengan Angah memang nak gaya moden. But then, after aku wasep mak design ni, mak aku terus je rejek. Mak aku kata tak seswai. Sebab majlis aku kat rumah. Kalau majlis dekat dewan, dress macam ni ok laaa.. T_T

*Aku redhooo je laaa*



Untuk baju lelaki, mak aku nak gaya melayu. Macam gaya sultan-sultan gitu. Tapi Angah nak gaya moden. So, we decided to take Jovian Mandagie punya baju kawen as contoh. Win-win situation. Mak aku puas hati, Angah pun suka.

Cuma Jovian punya songket. Kita orang punya takde lah pakai songket. Mahal kau.. Mana lah aku nak mampu. Aku ni pengantin bajet. Kehkeh..

Designer cakap ini gaya ala-ala Wak Doyok. Aku terus je tergelak.... Haa.. gaya Wak Doyok terus!


Dress aku pulak akan jadi gini. Sebab tema dah ala kemelayuan, jadinya dress pun ala kemelayuan lah kan..... Kaler yang kita orang pilih, ezekli kaler ni. Cream yang agak kuat sikit. Bukan soft cream laaa.....

Lagi 2 minggu aku kena pegi fitting baju ni. Sekali dengan baju nikah. Harap-harap la tak banyak masalah sebab memang dah tak cukup masa. Another 50 days dan aku masih terkedek-kedek nak setel kan baju. Woha!




MERDEKA DAY!

Assalamualaikum........

Salam Merdeka! ^_^

Macam mana sambutan korang? Ada yang join perbarisan tak? Ataupun kawad Hari Merdeka? 

Tahun ni aku tak sambut pun hari merdeka. Bukan tak ada semangat patriotik ke apa, cuma aku sibuk uruskan hal kawen aku. ^_^

Lagi 55 hari.. Fuhh! Sekejap je lagi tu. So, minggu ni memang giler bz siap kan apa-apa yang patut.

Hari ni aku ikut mak ayah hantar adik pegi daftar masuk Uni. UTM Skudai. Dari Batu Pahat pukul 8.30 pagi. Banyak jugak kita orang berhenti makan. Yelah kan, tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pulak tempat aku membesar...... Memang lepas gian lah makan macam-macam. ^_^



Lepas tolong adik kemas bilik




Ada macam muka ayah tak?



Kacang Pool Haji Larkin Bomba
Cendol Simpang Renggam
Mak pekena cendol durian yang super sedap
Haaaa...... Tudia gambaq yang ada. Gambaq cheq snap pakai hengpong jekkk..... Tak apa lah.. Ada lah jugak kenangan. 
Sebenarnya ada lagi tempat lain yang kita orang singgah makan. Cuma tak ambik gambar sebab bateri kong. Power bank pun tak bawak. Yay! Uhuk uhuk...... T_T

Perut memang full sepanjang harini. Kenyang yang over. ^_^
Alhamdullilah.........

Korang celebrate merdeka day macam mana?












Friday 29 August 2014

SAYA VS AKU

Assalamualaikum semuaa!!

Dah berapa belas entry dah aku buat. Awal-awal guna lah kata ganti diri "SAYA". Sopan lah konon. Muahaha...

Lama-lama, tah macam mana lah boleh terkeluar "AKU".

Tapi macam lagi selesa lah kalau guna "AKU".

Takpe kan? kan? kan? ;-p

Alaaaa... rasa lah macam rapat sikit. Macam besfren... kahkah..

Nah, aku belanja selfie........ *harap korang tak muntah*



GIVEAWAY PERTAMA

Haiii..... Assalamualaikum..

Tadi blogwalking la sekejap. Banyak dah orang buat giveaway. Macam best jek kan nak bagi-bagi orang hadiah ni.

Tapi tengok la follower diorang.... Nah kau! Beratus..... Aku punya? 2 orang jeee..... haha..

Mungkin sebab aku tak pandai lagi kot bab belog nih..

Haihhh.. takpe lah. Nanti ada lah tu...

Kang dah ramai sikit, aku buat giveaway ya?

^_^




PENCARIAN BLOGLIST MIYA AMIRA


Wednesday 27 August 2014

Segmen Pencarian Bloglist Harzays Minme



Belajar Bersukur

Assalamualaikum....

Tengok orang lain, hari-hari update blog. Saya ni suka je nak update. Tapi kadang-kadang tu tak ada idea. Kang kalau merapu tak tentu pasal, tentu orang tak suka.

Saya nak kalau boleh setiap entry saya ada isi dan dapat memberi manfaat pada orang lain. In sha Allah.

So, kali ni entry saya adalah berkenaan tentang BERSYUKUR.




Saya dilahirkan di Johor Bahru. Membesar di Johor Bahru. Johor Bahru adalah bandar besar yang penuh dengan kesibukan. Hiruk pikuk warga kota yang sibuk mengejar dunia, menjadi pemandangan biasa untuk saya. Malahan mak ayah saya juga salah seorang dari mereka. Mencari wang untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga.

Umur saya meningkat ke angka 17, mak dan ayah sudah mulai tua dan penat mengejar duit. Kampung halaman mak dan ayah dijadikan pelabuhan untuk meniti hari tua. Kami berpindah dari Johor Bahru ke Batu Pahat. Kami jalani hari-hari kami di tempat baru dengan rasa gembira dan bahagia. Walaupun perbezaan budaya yang sangat ketara, kami lalui dengan hati terbuka.

Di Batu Pahat, saya duduk di kawasan bandar. Kerana mak dan ayah masih berkhidmat dengan kerajaan. Walaupun tak sesibuk di Johor Bahru, saya masih lagi dapat melihat kesibukan kota. Masih melalui kesesakan jalan raya. Masih melihat bangunan di sana-sini. Masih jauh dari ketenangan kampung.

Habis sekolah, saya sambung belajar ke Matrikulasi dan kemudian ke UiTM Shah Alam. Selepas tamat pengajian, saya terus menetap di Subang Jaya sehingga kini. Di sini, kesibukannya melebihi yang pernah saya rasai sebelum ini. 

Kini saya sudah bekerja. Tekanan hidup semakin dapat saya rasakan. Tuntutan kehidupan di bandar sentiasa buat saya berfikir untuk cari duit lagi dan lagi.

Lihat gambar di atas.......................

Ini rumah makcik kepada Angah. Saya gelarkan mereka Pakcik dan Makcik ya? Supaya senang saya bercerita. Dan rumah ini saya gelarkan sebagai Cottage.

First time saya jejakkan kaki di sini, saya rasa, WOW!.... comelnya cottage ni. Saya sangkakan cottage ni hanya tempat melepak. Kerana Pakcik adalah nelayan. Tentu Makcik nak tunggu Pakcik balik dari laut. Rupa-rupanya, memang mereka sekeluarga tinggal di sini. Saya terkedu. Masa tu, saya belum masuk ke dalam cottage lagi. Baru lepak-lepak di depan rumah.

Bila saya masuk ke dalam, Alhamdullilah. Walaupun kecik molek, tapi bersih. Tak ada langsung sawang dan habuk. Bantal, tilam jugak sangat bersih dan wangi. Saya sangat selesa. Mereka sekeluarga sangat baik dan ramah. Mereka sangat memuliakan tetamu. Kadang saya pula yang rasa malu dilayan begitu.

Makcik yang saya kenal sangat positif orangnya. Dia sentiasa ceria. Ketawa dan pandai buat lawak. Saya kagum dengan sikap dia. Terima apa saja dengan hati terbuka. Jauh beza dengan sikap saya yang semuanya serba tak kena. Pantang house-mate buat sepah, saya akan bebel tak sudah. Dan saya jenis orang yang nak dalam rumah tu complete. Semua cukup. Kalau duit saya tak cukup nak beli barang-barang rumah, saya akan minta pada Angah. ;-p

Tapi lepas balik dari cottage, pandangan saya pada rumah yang saya duduki berbeza sekali. Kalau dulu, saya selalu membebel, rumah saya tak cukup selesa. Rumah saya tak cukup besar. Rumah saya panas. Rumah saya tak ada perabot yang moden. Macam-macam yang saya tak puas hati. 

Sampai saja di rumah, saya duduk di atas sofa. Saya buka kipas siling. Saya buka TV. Kucing kesayangan saya pula terkedek-kedek datang. Selesa. Jauh lebih selesa dari cottage Makcik. Dalam hati saya mula mengucapkan syukur. Saya tak nampak segala nikmat yang telah Allah beri pada saya. Selama ini, saya banyak mengeluh. Saya selalu lihat pada orang-orang yang hidupnya di atas. Bila Allah tunjukkan pada saya orang-orang yang hidup di bawah, saya insaf......... T_T

Hal ini sangat memberi pengajaran buat saya. Bersyukur dengan apa yang ada. Terima segala ujian Allah. Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmahnya. Kalau bukan untuk kita, pasti untuk orang lain.









Monday 25 August 2014

Fitnah

Assalamualaikum...

Minggu ni saya agak emosi sikit. Hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Itu saya sangat paham. Tapi bila ianya datang dari orang yang terdekat, ia sangat menyakitkan.

Saya bukan lah manusia yang selalunya betul. Saya cuma manusia biasa. Selalu melakukan silap. Andai ada yang tak berkenan dihati tentang sikap dan perangai saya, saya mohon maaf. Tegurlah saya dengan nasihat anda. Teguran anda yang penuh hikmah tentunya memberi kesan positif pada saya.




BUAT CERITA ~ TOKOK TAMBAH CERITA

Saya tak tahu di mana silapnya, secara tiba-tiba jadi isu tentang rumah. Rumah yang saya duduki sekarang cuma RUMAH SEWA. Rumah yang akan saya jadikan rumah kelamin bila saya telah berkahwin nanti. Rumah yang akan jadi istana cinta kami. Tempat permulaan hidup kami sebagai suami isteri. Tempat kami membina empayar keluarga yang bahagia. In Sha Allah.

Kebetulan, house-mate saya juga akan berkahwin pada hujung tahun ini. Bulan Disember. Lewat 2 bulan dari saya. Saya juga telah beritahu dia untuk dia cari rumah lain. Tidak ada langsung saya sebut, keluar rumah sebelum bulan 10. Cuma dalam fikiran saya, tak kan lepas dia kawin dia nak duduk sini dengan suami dia? Saya langsung tak kisah kalau dia nak terus menetap di rumah saya sehingga dia diijab-kabulkan. Kerana saya faham dengan situasi dia.

Dan saya terus diamkan hal ini. Pada hemah saya, dia tentu faham dan sedang berusaha untuk cari rumah sewa lain. Saya juga sibuk uruskan hal majlis yang akan berlangsung. Kami jarang berjumpa kerana waktu kerja kami berbeza. Bila saya keluar bekerja, dia masih lagi tidur. Waktu dia pulang, saya pula sudah masuk tidur. Kami tidak bersua muka, apatah lagi berbual-bual.

Suatu pagi, saya dapat SMS di wechat dari keluarga dia. Dengan keras mereka kata saya HALAU adik mereka. Terkejut saya. Dengan perkataan-perkataan yang sangat menyakitkan hati. Darah saya mendidih. Saya yang sememangnya garang dan baran, mula rasa nak maki hamun. Tapi memikirkan yang tindakan saya akan mengeruhkan keadaan, saya pujuk hati sendiri. Dengan kekuatan hati yang ada, saya cuba redha dan bersabar. Memang tak mampu saya nak tahan air mata. Saya terlalu kecewa dan sedih.

Bagi saya ini ujian yang Allah sediakan untuk saya. Tapi korang yang baca ni, jangan lah rasa saya ni cool giler. Wow! Diamkan saja bila orang buat macam tu? Saya dah cuba tahan. Tapi entah macam mana, malam tadi bila lalu depan bilik dia (dia ada di dalam), saya dengan suara yang agak kuat berkata "Bau bangkai kat sini. Oh... ada orang mulut busuk rupanya.."

Seketika bila saya duduk sorang-sorang dan fikir balik apa yang saya buat, saya mula rasa bersalah. T_T
Semoga Allah pelihara lidah saya dari berkata yang bukan-bukan lepas ni. Macam saya katakan tadi, saya bukanlah manusia yang baik serba-serbi. Saya cuma manusia biasa yang ingin jadi hamba Allah yang lebih baik.



Sentiasa ada hikmah dalam setiap kejadian. Supaya saya belajar jadi orang yang lebih tenang dalam menghadapi hidup yang penuh dugaan. Supaya saya jadi orang yang lebih kuat. Supaya saya jadi orang yang lebih matang (tapi tindakan cakap depan pintu bilik orang tu, tindakan tak matang. Jangan ikut.)


Larangan Allah tentang fitnah




Fitnah disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan orang lain. Fitnah juga adalah sebahagian daripada perbuatan mengadu-domba. Apabila disebarkan, ia mudah menyebabkan permusuhan dua pihak. Permusuhan menjadi semakin tegang dan tidak terkawal apabila banyak fitnah ditabur. 

Sekiranya berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, jangan kita membicara atau menyebarkannya. Rasulullah bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. – (Hadis riwayat Muslim).


Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon keampunan daripada orang lain.
Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).
Sesiapa yang menyebarkan berita berbentuk cacian dan kejian, kecelakaan besar bakal diterima sebagai balasan. Allah berfirman: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” – (Surah al-Humazah, ayat pertama).
Hanya orang yang berpekerti buruk melahirkan perkataan buruk. Orang cerdik tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk yang secara langsung melambangkan keburukan diri sendiri.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].
Maksudnya mintalah bukti kebenaran suatu berita dari si pembawa berita. Jika ia boleh mendatangkan buktinya, maka terimalah. Jika ia tidak boleh membuktikan, maka tolaklah berita itu di depannya; karena ia seorang pendusta.

Friday 15 August 2014

Cantik Dari Dalam

Assalamualaikum....

Saya dah mula dapat jemputan perkahwinan dari kawan-kawan dan sedara mara. Start dari seminggu raya, sampai ke awal tahun depan. Pack betul jadual. Alhamdullilah.. Ramai yang dah sampai jodoh. Moga berkekalan hendaknya. ^_^

Seronok tau pergi kenduri kawen ni. Kalau pengantin tu kawan sekolah rendah kita, maka dapatlah kita jumpa kawan-kawan sekolah rendah yang lama terpisah. Secara tak langsung dah jadi macam acara reunion pulak kan? Orang kata, makin lama tak jumpa, makin erat pulak hubungan silaturrahim tu. Jika ada sengketa lama, terus dibuang jauh-jauh. Sebab kenangan manis lebih indah untuk dikenang.

Yang pasti pengantin akan tampil berseri-seri. Dah nama pun Raja Sehari di Hari Bahagia. Gittewww.. Tapi kita yang tetamu ni pun nak jugak nampak cantik kan? Kalau hari-hari biasa muka kita ni cuma berbedak tabur, tapi bila nak pegi kenduri kawen je, habis semua mekap di calit kat muka. Aksesori juga tak ketinggalan. Baju terbaik yang kita ada, kita pakai. Semua tu untuk sama-sama meraikan kegembiraan sang mempelai.


                            Masa ni tak ready lagi. Tu yang Angah tak tengok kamera tu..

Ok.. macam biasa, gambar adalah terhad. Ni je yang ada.. kekekeke.. Boleh laaaa..... Gambar lama. Buat belanja korang. Ni masa tunang. Mekap by Bella Tahir. Mekap pakai Mary Kay hokeh? Curlassss tau.. Boleh PM dia kalau nak kan khidmat dia. Dia juga Mary Kay Beauty Consultant. Sangat friendly orangnya. ^_^

Berbalik pada cerita kenduri kawen, saya nak jugak jadi cantik dan gojes bila attend majlis-majlis ni. Nanti bila kawan-kawan lama nampak saya, ternganga mulut diorang. Mau berdarah hidung. Tetiba rasa menyesal kenapa tak mengorat saya masa sekolah dulu. Ececececehhh.. perasan lebih dah ni. ;-p

So, kat sini saya nak share tips penjagaan kecantikan dari dalam. Haaa.. tudia. Sendiri pun tak berapa nak cantik, tapi ada hati nak bagi orang tips. Kekekeke.. Islam menggalakkan perkongsian ilmu. Benda baik, tak gitu? ;-p

Dah cantik di luar, mesti lah nak cantik di dalam jugak. Baru lah semakin berseri-seri. Macam-macam dah product yang jenis makan-makan ada kat pasaran sekarang ni. Dekat toko-toko jamu, ada jual bermacam jenis kolagen. Jenuh kalau nak senaraikan. Cuma yang menjadi tanda tanya, berkesan ke? Elok ke? Ada side effect tak? Memudaratkan tak? Kita ni yang nak cantik macam artis Korea, terus je beli dek terpengaruh dengan iklan-iklan yang mengoncang jiwa.

Cantik dari dalam. Macam mana? Yang paling penting, JAGA PEMAKANAN. Sebab apa yang kita makan, itu lah diri kita. Contohnya, bila kita suka makan makanan yang pedas-pedas dan berminyak, maka, kulit muka senang nak tumbuh jerawat. Suka sangat minum air bergas dan sejuk, perut pulak jadi buncit. Haaa.. tu contoh. Banyak keburukan sebenarnya bila tak jaga makan ni. Bukan sebab cantik je, tapi jugak atas dasar kesihatan. Nanti mula lah, kolestrol tinggi, kencing manis, darah tinggi, gout, saluran darah tersumbat, macam-macam...... Bila dah sakit, diri sendiri jugak yang merasa azabnya. Kan?

So, apa benda yang paling diperlukan oleh tubuh badan? Tubuh kita ni sangat memerlukan sumber protein. Protein diperlukan pada hampir setiap inci tubuh. Kulit, rambut, kuku dan yang paling penting adalah organ dalaman kita. Untuk memastikan tubuh kita kekal sihat, sumber protein kena lah cukup.

Meh saya nak bagitau.....

KOLAGEN = PROTEIN

Badan kita ni sebenarnya boleh menghasilkan kolagen sendiri. Tak payah nak supply dari luar. Tapi oleh sebab pengambilan sumber protein yang tak menentu dan peningkatan usia, penghasilan kolagen akan merosot dan tidak mencukupi untuk kegunaan tubuh. Sebab tu kita perlukan makanan tambahan (supplement). Kat luar sana tu, berlambak orang jual kolagen (protein). Sumbernya? Ada sesetengah tu, memang diragui. Jadi takut nak consume. Benda makan ni nanti, jadi darah daging. Halal haram nya nak kena ambil serius. :-|

Apa jadi kalau badan kita tak cukup kolagen?

1) Kulit kusam
2) Tidak bermaya
3) Tiada seri
4) Kulit berkedut dan mula kendur
5) Pigmentasi kulit
6) Cepat merasa letih dan lesu
7) Sakit badan dan sendi
8) Mudah Lupa
9) Penglihatan semakin merosot

Heee..... takutnya bila badan tak cukup kolagen! Boleh timbul masalah kesihatan. Sape yang tak nak sihat kan? Sihat tu salah satu nikmat yang Allah beri. Kena jaga baik-baik. ^_^

Saya nak sihat. At the same time, saya pun nak cantik. Macam saya cakap, kat pasaran memang banyak product makanan kecantikan. Kena pilih yang betul-betul. Yang paling penting, HALAL.

Tadaaaaa.....
Saya pilih ......... NUTRILITE ALL PLANT PROTEIN POWDER.



Di datangkan dalam 3 perisa. Original, Mix Berry dan Green Tea. Tapi saya prefer yang Original sebab senang nak campur dengan makanan atau minuman yang saya suka. ^_^


                                            Gambar cilok dekat Google. Maaf kurang jelas.

Saya ada masalah membuang ayaq besaq. Tapi sejak consume protein powder ni, Alhamdullilah.. tiap pagi, lancar je. Bahagia je rasa. ^_^

Selain menyihatkan tubuh, ia juga mampu mencantikkan kulit. Product macam ni lah yang saya cari-cari. Pasal halal, jangan risau! Klik link kat bawah ni ya? Sijil halal antarabangsa. Sebab product ni, product antarabangsa. Lagi pun, protein powder ni berasaskan tumbuhan. SOY + WHEAT + PEA = BETTER.

Klik sini ------->  SIJIL HALAL AMWAY

Cara makan : 1 scoop pagi, 1 scoop malam.

Saya akan share resepi lazat untuk sarapan yang sihat berkhasiat!

Overnight Oat
Bahan-bahan:
Rolled Oat/Instant Oat - 6 tbsp
Plain Yoghurt - 5 tbsp
Milk/Soy Milk (saya campur protein powder) - 3/4 cup
Raisins - as you wish
Fresh Fruit - as you wish (saya pakai pisang)

Satu kan oat, plain yoghurt, susu/soya dan kismis. Bubuh dalam jar, simpan dalam peti sejuk semalaman. Esok pagi nya, potong-potong buah, masuk kan sekali. Baca doa, terus makan! ^_^

Maaf kan saya kerana resepi yang bercampur aduk penggunaan bahasanya ya? ngehehehe..

Selain membekalkan protein pada tubuh, ia juga membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama. Jadi, takde la kes terlebih makan kan? Sesuai untuk orang yang nak diet. Kulit makin cantik, pinggang kekal ramping. Gitewww....... ;-p

Apa-apa pun utamakan kesihatan dulu. Cantik tu, letak no. 2. Kalau cantik, tapi tak sihat, tak ada gunanya jugak. Lepas tu, bila dah cantik, harap-harap lah akhlak kita pun seindah wajah. Baru lah sepadan. Indah rupa, elok pekerti. Manusia tiada yang sempurna, tapi kita mampu memperbaiki diri kan?

Bagi yang nak tahu harga,

1 tube = RM117.00

**Pesanan ikhlas :
Jangan mengharapkan perubahan drastik. "Putih gebu dalam masa 3hari". Itu tipu ok. Kita kalau nak sihat, nak cantik, kena sabar sikit.

Peace!

Kawan Kita

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak cerita pasal kawan. Sebab semua orang ada kawan kan? Tak mungkin lah kalau takde kawan langsung. Paling tidak pun, seorang. Kita hidup dalam dunia ni memerlukan orang sekeliling. Kalau nak hidup sorang, kena lah hidup dalam hutan. Tak ada keluarga, tak ada kawan, tak ada sesiapa. Yang ada cuma haiwan. Huhu.........



Ni kawan saya. Zulaikha Harun . Lama jugak lah dah kenal dengan dia. Tapi tak selalu jumpa. Once dah lepak, memang tak berenti la kitorang borak. ^_^

Tapi, sejak-sejak saya duduk sama apartment dengan dia, makin kerap kitorang lepak. Lepas saya pindah tu, saya kerja di Shirotori (M) Sdn Bhd. Dan Zulaikha ni pulak masa tu memang tengah cari kerja. Saya dengan seronoknya rekomen dia pada boss. Lebih kurang sebulan lepas tu, bermulalah kisah kami sebagai sahabat, jiran dan rakan sekerja. ^_^

Port lepak yang jadi feveret, rumah saya. Kadang-kadang tu, ada lah jugak pegi rumah dia. Tapi biasanya memang rumah saya je lah.

Kalau lepak rumah saya, kena time saya rajin, saya masak. Kitorang makan sama-sama. Zulaikha ni rajin masak. Ada lah berapa kali dia hantar lauk umah saya. Saya je yang tak penah hantar apa-apa bagi dia.. kehkehkeh.. Maaf ya Zu.....

Tengok orangnya kecik je kan? Tapi kepala giler-giler jugak ni. Penah lah sekali ni, kitorang jalan kaki pegi Giant. Dekat je. 10 minit jalan kaki. Beli barang macam-macam. Biasanya barang dapur lah. Tiba-tiba dengar bunyi guruh. Hujan dah mula turun. Kitorang relax lagi. Baru pukul 6 lebih. Sambung cari barang. Bila tengok jam, dah masuk pukul 8 malam. Hujan masih lebat. Kitorang dah mula risau. Macam mana nak balik ni. Masa tu dalam poket masing-masing cuma berbaki beberapa ringgit je. Masing-masing ada tak sampai 5 ringgit. Nak naik teksi memang tak lepas. Sebab keadaan sejuk dan tak boleh nak balik, kitorang lepak pekena kopi kat Subway. Borak punya borak, dah masuk pukul 9 malam. Hujan masih lebat. Tapi memang kena balik. Nak tunggu hujan berhenti, memang kena tido situ la jawabnya. Dengan penuh tekad, kitorang pakai poncho, terus gerak balik. (Poncho beli kat kaunter masa bayar barang). Jalan kaki malam-malam, dalam hujan. Huhu..... 1st time saya macam tu. Kitorang gelak-gelak je sepanjang jalan. ^_^

Kat opis pulak, kitorang memang suka buat hal kitorang. Pagi-pagi pegi sarapan dekat mamak. Mengular jangan cerita lah ~ selalu.........kehkehkeh. Bila boring, masing-masing bantai tidur. Bukak lagu kuat-kuat (boss tak kasi bukak radio). Curik wifi opis sebelah. Layan internet. Main game. Guna harta opis sesuka hati. Tapi walaupun macam tu, kitorang tak penah abaikan kerja. Selalu buat keje tak senonoh tu masa tengah free. ^_^


Bila saya dapat tawaran kerja kat tempat lain, dengan gaji yang lebih tinggi, saya terus bagi notis berhenti. Tinggal lah Zulaikha sorang-sorang kat opis. Tapi Allah tu maha Tahu. Ada rezeki untuk dia. Orang opis sebelah ni jumpa saya tanya ada tak kawan-kawan nak kerja. Saya dengan semangatnya terus offer pada Zulaikha. Sekarang ni, walaupun tak kerja sekali, tapi kitorang masih boleh  lunch sama-sama. Bila cuti dan masing-masing free, kitorang lepak macam biasa. ^_^

Bulan puasa 2013, saya meniaga. Jual dadih dengan puding mango cocktail. Zulaikha ni dengan gigih bantu saya. Setiap hari tanpa jemu. Dari kedai ke kedai. Dia tak merungut pun. Malah bagi semangat lagi pada saya. Syukur Allah kurniakan saya seorang sahabat. Dia ada masa susah dan senang.

Oleh kerana saya sangat menghargai persahabatan saya dengan Zulaikha, maka entry kali ini khusus buat dia. Semoga dia beroleh keberkatan dan rahmat Allah selalu. ^_^

Ohhh.. sebelum terlupa, Zulaikha Harun ni dia ada jual tudung. Macam-macam jenis. Harga pulak berpatutan. Korang boleh lah tengok-tengok mana tahu ada yang berkenan. Tolong bisnes kawan kita ni ya?

Peace!


Friday 8 August 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.......

Selamat hari raya semua. Maaf lah ye ucapan raya terlambat sikit. hehe... Tapi belum terlambat kan? Entry kali ni dah semestinya tentang hari raya. ^_^

Raya tentunya seronok. Sebab Hari Raya adalah untuk meraikan kejayaan kita setelah berpuasa selama sebulan. Yang paling best bab raya ni, bila dapat berkumpul ramai-ramai. Meriah dan ceria je suasana. Dekat timeline media sosial, berderet haaa gambar-gambar raya. Berwarna-warni baju raya masing-masing. Semuanya ikut tema. Meriah sungguh!

Tema keluarga saya tahun ni, PINK! Princess sangat hokeh.. ^_^



Ni je gambar yang ada buat masa sekarang..bahaaa... :-p

Gambar family adaaa......... tapi dalam camera compact. Dan malas nak upload. Hehehe.. Jadi, ni je lah yang ada. Boleh la kalau engkorang semua nak cuci-cuci mata. mihmih.. (bajet cun sangat nak bagi orang cuci mata tengok gambar nih ;-p )

Ok2. Sekarang jom kita sambung cerita pasal raya. Di pendekkan story, raya pertama adalah raya yang membosankan. Di saat orang bergembira beraya sana sini, kami sekeluarga dok terperuk dekat rumah. Bosan tau dak? Paling kesian kat adik (Dalam gambar yang belah kanan). Dia dapat cuti cuma 2hari. Sehari sebelum raya dan raya pertama. Dia sangat mengharapkan yang raya pertama tu dapat pegi beraya sepuas hati macam tahun yang sudah-sudah. Tapi apa yang jadi, kami hanya duduk di rumah dan melayan tetamu yang datang beraya.

Saya tak rasa apa masa tu. Tolong mak ayah layan tetamu yang datang. Borak-borak, gelak-gelak... best jugak. Cuma rasa agak terkilan jugak lah sebab jadual raya tu berubah sangat dari yang sebelum-sebelumnya. Apa-apa pun saya masih bersyukur sebab masih dapat beraya dengan keluarga. ^_^

Malam raya tu, dengan niat nak pujuk adik yang merajuk, kami pergi menonton wayang. Hercules. Nasib baik cite tu best......



Malam raya pertama keluar, pakai shawl pagi raya.... hahaha.. kes malas nak gosok tudung. Kami bergembira malam tu. At least keluar berjalan lah jugak raya pertama. T_T

Raya ke-dua, masih di rumah. Bila nak keluar beraya, makin ramai yang datang ke rumah. Maka, tak jadi lagi kami nak keluar. Layan sedara mara yang datang. Tapi saya rasa seronok. Malam raya ke-dua, keluarga Angah datang. Tapi, so saddddd... sekeping gambar pun tak ambik. Sebab sibuk sangat siapkan makanan dan layan diorang. Terkilan yang teramat bila langsung tak ada gambar. T_T

Raya ke-tiga, baru lah dapat keluar beraya. Macam orang jakun tak penah keluar rumah.. haha..


Muka anak beranak ni memang sebijik. Kopipes habis! Rumah ni port wajib kitorang ambik gambar. Kalau tak berpuluh keping, tak sah. Ayah sangat sabar tunggu anak2 dia berangan. ^_^

Ok, last.. Nak belanja lagi 1 gambar...........



Dengan ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun andai saya melakukan silap dan salah dengan sedar atau tanpa saya sedari. Saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Peace!