Nuffnang Ads

Tuesday 8 July 2014

Simpan Duit

Assalamualaikum..

Tadi pegi bank. Temankan kawan nak buat kad baru sebab kad dia dah kena telan dengan mesin ATM. Sementara tunggu dia berurusan, mata saya melilau lihat keliling bank. Saya ternampak sesuatu.

SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS).

Macam best jek... Sebab saya ni bukan lah orang gomen. Tak ada rezeki nak jadi kakitangan kerajaan. Jadinya tak ada lah pencen. Dengan umur yang makin tak muda, saya kengkadang tu risau jugak pasal hari tua nanti. Bila dah tak mampu bekerja, apa yang saya nak makan? Macam-macam boleh jadi. Bak kata orang dulu-dulu, sediakan payung sebelum hujan. Tak kan dah terhantuk baru nak terngadah kan?

PRS ni macam KWSP jugak. Cuma yang bezanya adalah KWSP tu compulsory.  Semua orang yang bekerja diwajibkan untuk melabur dalam KWSP. Sedangkan PRS tu pilihan. Ada lagi beberapa perbezaan antara PRS dan jugak KWSP. Saya nak terangkan kat sini tapi takut pulak kalau maklumat saya tak berapa tepat. Cuma yang saya boleh sarankan, sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal PRS ni, bolehlah pergi bertanya pada ejen-ejen yang telah dilantik secara sah.

Saya ni jenis orang yang cepat gelabah. Cepat sangat risau pasal benda-benda yang tak jadi lagi. Mungkin untuk certain perkara memang bagus lah. Tapi untuk bahagian yang lain, macam menyusahkan pulak. huhu... Sebab saya ada sikap macam tu, macam-macam yang saya fikir untuk tambah simpanan yang ada. Dengar macam banyak jek saya punya simpanan kan? Padahal, baru la terhegeh-hegeh nak menyimpan untuk hari tua. ^_^

Setelah saya buat kira-kira secara kasar, saya rasa duit KWSP saya memang tak cukup untuk cover hari tua saya. Sekarang ni je harga barang dah mahal. Kang masa saya dah tua, saya hampir pasti kos sara hidup akan meningkat berkali-kali ganda. Jadi saya fikirkan PRS ni bakal membantu kewangan saya waktu saya sudah tak berdaya lagi.

Bukan kita ni kena fikir tentang hari tua je. Waktu-waktu kecemasan pun perlu diambil kira. Yelah kan? Kita kena lah sentiasa bersedia untuk perkara-perkara yang tak dijangka. Sakit, masalah ekonomi, kena buang kerja dan sebagainya adalah perkara yang kita cuba nak elakkan. Tapi benda macam ni kita tak boleh nak jangka. Semua tu adalah ujian dari Allah untuk kita. Cuma kalau kita dah buat persediaan awal, impak dari ujian tu dapat kita kurangkan.

Berapa banyak yang kita nak kena standby untuk kecemasan? Jawapannya adalah, kirakan jumlah perbelanjaan sebulan dan darapkan dengan 6. Itu lah nilai minimum yang perlu kita simpan.

Contoh : Perbelanjaan bulanan = RM1,500
              Simpanan minimum = RM1,500 X 6 = RM9,000

Jika simpanan kita kurang dari itu, kita di tahap yang merbahaya. T_T

Bukan mudah sebenarnya nak menyimpan ni. Lagi-lagi banyak barang idaman yang nak dibeli. Baru niat-niat nak simpan duit, tengok-tengok ada SALE! Terbantut lagi hasrat tu. Haishhh...... -.-"


                                                    Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Satu tips saya dapat dari blog jutawan internet, Irfan Khairi, salah satu cara nak displinkan diri untuk menyimpan adalah dengan cara automasi. Maksudnya, kita bagi arahan pada pihak bank untuk pindahkan 10% dari akaun kita ke akaun yang berasingan secara automatik setiap bulan. Kendian, kita ubah tabiat berbelanja kita berdasarkan 90% baki duit yang tinggal. Dengan cara ini kita tak akan lupa untuk menyimpan. Tapi janganlah pulak kita usik duit simpanan tu kecuali ada kecemasan (harap-harap tak ada). 

Apa-apa pun, mudah-mudahan, kita lebih jimat berbelanja. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan menyebabkan masalah kewangan. Berbelanjalah secara berhemah. Dahulukan apa yang perlu. Jangan boros. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ni.

Selamat berbuka puasa!

^_^

No comments:

Post a Comment

pop