Nuffnang Ads

Thursday 3 July 2014

Juadah Buka Puasa

Assalamualaikum semua..

Harini dah masuk hari ke-5 Ramadhan untuk tahun 2014. Alhamdullilah..... Semoga sepanjang Ramadhan ni, dapatlah kita sama-sama mengejar pahala sebanyaknya.

Untuk tahun ini, saya sudah ke Bazaar Ramadhan sebanyak 2 kali. Dan jujur saya katakan, cukuplah 2 kali untuk tahun ini. Tak terasa nak pegi lagi. Kualiti makanannya sangat mengecewakan. Terasa seperti peniaga-peniaga tu tak bersungguh nak masak makanan untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Dan harganya tak jugak murah.

Hari pertama saya ke Bazaar Ramadhan, saya beli air tauhu. RM2 sebungkus. Boleh tahan banyak. Walaupun rasanya kurang, tapi masih ok. Keesokan harinya saya ke Bazaar Ramadhan yang sama dan beli air tauhu dari kedai yang sama. Tetapi berlainan dengan hari sebelumnya, kali ni saya beli dengan harga RM2.50. Dengan rasa yang sama. Kurang sedap. Saya terfikir, macam mana peniaga tu boleh suka-suka hati letak harga macam tu? Harini lain, esok lain. Sangat mengecewakan!

Nasi dan lauk pauk di Bazaar Ramadhan juga begitu. Dengan rasa yang kurang sedap, atau yang ada tu, langsung tak sedap, tapi harga standard macam di jual di restoran. Masha Allah........... Ayam percik yang saya beli sudah berbau. Sedih tau!

Seharian kita berlapar dan dahaga. Balik dari kerja sudah hampir pukul6 petang. Teringin jugak nak berbuka dengan kuih. Tapi bila beli dengan harga RM0.80 sebiji, tapi rasa memang ke laut, tersangatlah kecewa. T_T
Tahun lepas, saya langsung tidak ke Bazaar Ramadhan. Dan saya langsung tidak rasa ralat.

Baru-baru ni, kecoh dengan mulut celupar si Azwan Ali pasal makanan di Bazaar Ramadhan. Saya sendiri akui apa yang dikatakan Azwan tu ada benarnya. Cuma bahasa yang digunakan itu amat keterlaluan dan menyinggung perasaan peniaga yang bersungguh-sungguh dan jujur berniaga.



Para peniaga sekalian.. tolonglahhh.. ikhlaskanlah diri meniaga. Selain dapat untung, anda juga dapat pahala sebab memasak untuk orang yang berpuasa. Masaklah atau sediakanlah makanan sama kualiti dengan yang anda ingin makan. Bukannya ikut konsep asal boleh dan ada rupa.

Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Tapi tahan segala-galanya. Jaga mata, jaga percakapan, jaga perlakuan, jaga segalanya. Jaga aurat waktu ke Bazaar. Atau sekurang-kurangnya pakai pakaian yang sopan. Mudah-mudahan kita istiqomah walaupun lepas Ramadhan nanti. Janganlah dengan sengaja kita menyakiti hati orang lain. Takut-takut nanti tak ada pahala puasa yang kita dapat.

Saya sudah nekad untuk tidak ke Bazaar Ramadhan lagi. Kerana saya tidak mahu menyakitkan hati sendiri. Walaupun saya tahu, tak semua peniaga di Bazaar Ramadhan begitu, tapi saya tidak mahu ambil risiko. Hari ini saya akan buat air jagung kegemaran saya sendiri. Saya sudah beli ibu jagung dan juga susu pekat manis. Air batu juga saya sudah buat. Semuanya bersih dan sudah pasti mengikut selera tekak saya. Juga menjimatkan. ^_^

Untuk pencuci mulut pula, saya akan buat Pudding Mango Cocktail dan saya simpan sejuk. Saya kena rajinkan diri untuk masak lauk berbuka. Untuk kepuasan hati dan terjamin kebersihan dan kesedapannya.

Moga-moga kawan-kawan saya tidak merasai pengalaman seperti saya. Masih ramai peniaga yang baik dan jujur. Mungkin bukan jodoh saya bertemu mereka.

^_^

No comments:

Post a Comment

pop